salji


Friday, September 2, 2011

mana mak?


Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.Ayah baru balik dari sawah.Ayah tanya Mak, “Along mana?’Mak jawab, “ Ada  di dapur tolong siapkan makan.”Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah  basah. Hujan turun sejak tengahari.Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"Ateh  menjawab, “Entah.”Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah  mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah  bertanya, "Mana Mak?"Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang  sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."  

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah  sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah  telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah  itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah  hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala  Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"   Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnyaSolat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Sunday, May 22, 2011

::teruskan usaha atika::

assalamualaikum warga-warga blogger...lama sangat dah ika x hapdet blog ika nie...sedikit kaku la pulak...ermmm idea-idea...TERUSKAN USAHA ATIKA..usaha untuk apa..?? usaha laaaaa..hehehe..ika dah kuat taw sekarang...ika dah kuat sangat...selalu dia tak cari ika gundah sangat..tak0t..

tapi sekarang..alhamdulillah ika dapat kawal perasaan ika...ika tak cari andai dia tak perlukan ika..bukan ika x sayang..tapi ini yang perlu ika lakukan daripada dulu lagi..tak terlalu berharap..tak terlalu memberi harapan...dealkan..??? ika banyak belajar dari kesilapan ika sendiri..terima kasih~

ciyes ika cakap sekarang ika bet0l-bet0l kuat...tapi kadang-kadang too ika rasa macam ika sedikit ego..bukan ego..tapi keras kepala kot..hehehe..tak lah  ika tak  keras kepala okeyh..yeee mungkin sedikit ego..sedikit jee okeyh..

sebab ape..sebab ika mahu dia belajar...belajar menghargai ika..belajar mencari ika..belajar menghargai cinta yang ika serahkan..sayang yang ika semaikan..kasih yang ika pupuk untuk dia sejak mula bertemu..ika nak dia belajar menghargai semua..tapi ika x jemu tunggu dia sampai bila-bila okeyh..

sedikit ego yang terdapat pada ika tadi too ialah..ika pernah tak cari dia selama 2 hari..ika buat derkkkk jep..hehehhe..ye ika mengaku itu tindakan seorang yang ego..tapi ika “sakit”..“sakit” memikirkan cinta dia pada ika..sekarang ika belajar untuk kurangkan memikirkan tentang itu..seriusly ika cakap ika  tenang selepas melakukan itu...terima kasih kuatkan ika~

tapi satu yang ika minx dari dia..
cuma tolong jangan lukakan hati ika..
itu sahaja..


::sekian::

Monday, March 14, 2011

::cemburu GILA::


asalammualaikum semua...
ika ade story nak mory nie...
ahaaaa..ika cemburu lagi.. 
:)

arinie kan..
ika kan...
rase kan..
sedikit kosong kan..
:p

kenapa begitu..??
kenapa kosong..??
ika tataw....
mungkin sbb kck da blk ipoh..
mungkin sbb incek kekasih ika 
x anta mesej...
:'(

hah.....??
dye x anta msj lansongkh..??
um-um..dye x anta pn..
ika aje yang anta...
takot jgak nak anta sbnarnye..
takot si dye mahu zZzZz
:(

nanti ika menggangu plk..
sedikit terasa hati..
bukan terasa ape..
cuma..biasa la....
mcm-mcm bermain difikiran...
yang tu memang hobi tu..
:p

pjuk hati dengan berkata...
tape la ika...si dye tade mo0d na msj kot..
tape la ika...si dye ade keje kot..
tape la ika...si dye ZzZzZ kot..kan semalam si dye x tdo..
give him a few time laaa....
:)

ika cari jugak....
cari dekat kenari fm..
cari dekat fb...
cme dekat hp aje ika x cari...
kenapa x cari si dye kat hp..??
entah la...rse mcm nak dye cari ika dlu...
:p

tpi.........lme ika 2gu...
dye x muncul-muncul pon.... 
ta mengapalah...
:)

daaa petang sikit ika on9...
tengok-tengok si dye ade....
ika senyum sampai mata.... 
bagaimanakah...???ahaaaaa..x penting..
ika masok wall dye DENGAN SENYUMAN...
tpi ika klua dri wall dye dengan KEMASAMAN MUKA INI..
ahaaaa...heqan aih....
 >_<

nataw kenapa....??
sebab ika C.E.M.B.U.R.U la...
syutt...diam-diam...jangan bagi taw si dye ika tengah cemburu...
syuttttt...diam-diam taw...
(@_@)

nataw nape ika cembru...??
sebab....sebab....sebab...
sebab si dye chat wall to wall dengan gadis e2..
waaaa....C.E.M.B.U.R.U.K.U.A.T e2 datang...
(T_T)

tataw nape dye datang...
syuhhh-syuhh..jgan ggu ika la....
tolong pergi jaoh-jaoh sana....
ta suka sama kamo0 la..
pergi...pergi... 
(^.^)

waaaaaaaa...drama betol...ahaahaa...
xpela...biakan saja...tapi ika na si dye taw..
ika ade untuk dye....walau macam mne sekali pon kadaan dye..
macam out off topik aje...
ahahhha...xpela...

akhir kata....2 kat atas da tulis...
ika na dye taw ika ade dengan dye walau mcm mne pon kadaan dye..
(kenyit mata jahat sikit...awuuuu....)

::sekian::



Wednesday, January 19, 2011

::ika cube sedaya upaya::

salam sejahtere anda anda ika..hye3..ika nk cite nie..tdikan..ika tengok bulan..wahhhh chantek amat sangat...teruje ika...indah benar ciptaan yang ESA...sebnarnye ika x prsan pon bulan 2 arini...pas2 kawan ika dayah anta msj kt ika..sohh g tgk bulan..wahhhhhh ika cpt-cpt kua g tgok..huhuhu...

chantek amat..agin plak agak menenangkn..ika duduk termenung seorang diry di luar rmah..klaw da duduk sorg-sorg mcm-mcm laa yg bermaen difikran...ahhhh rindu ayah amt..rindu kck jge..rndu kyg jge kngh...dan rndu chienta sye jge..

tpi bukan tentang bulan yang ika nk smpaikan..2 tgok tjok ika...agak-agak tentang siape dan ape..??huhu.."ika cube sedaya upaya"tentang ape..??cube ape..??ika cerite ye..humm ika cube mencintai chienta ika seikhlas haty..ika cube stie..ika cube phatkn dy seorg dlm dry ika...ika cube buat yang trbaek tok chienta ika..dan nak taw..??ika da brjaye mlakukn smue itu..yee cume chienta..

tpi ika ade masalah..ika tertnye-tnye...adekah chienta jge cube lakukan yg same...??adekah chienta cube mencintai ika sorg...?adekah chienta cube stie ngn ika sorg..??adekah chienta cube pahatkn cme ika di haty chienta..??adekah chienta memikirkn yg trebaek tok ika..??

ahhhhhhh..ika x sukekn ini..ika serabut...angin lame nk datang blik...angin ape ika..??hummm angin x makan pikirkan chienta ika...ahhhhh x sukekn itu..ika terseksa amat...pedis amat sangat terseksa..xmaw la mcm nie..unlike amat sangat...


Friday, January 14, 2011

::corat-coret si chienta::






semua manusia anti dengan org yg tergila2 n cintakan boy/girl org kan..

tapi penah ke manusia sedar kalau dorg yg ditakdirkan kt posisi tu n jatoh cinta ngn boy/girl org ?

takde mnsia yg nak jatohh cnta ngn boy/girl org ..
coss sakit mncntai seseorg yg bkan mlik kta .
 tpi mnsia xdpt elak dri jatoh cnta kann .
sure dlm hti nk sgt2 mmliki org tuu .

 tapi korg kra beruntongg lau girl/boy tu xde niat nk rampas boy/girl korg .
so , jgn slahkan org yg jatoo cnta kat boy korg lau korg xpnh tau isi hati dia . :((




::ika x sure ape maksod si chienta bgi dkt ika bnde nie..
same ade si chienta sje sje je nk bgi ika tgok hasil corat coret dy..
si chienta nk perli ika ke..??
ahhhhh ika xtaw..
keliru ika di bwatnye..


knpe ckp si chienta nk perli ika..??
ahhhh ika xtaw knpe ika cp mcm 2...
ahhh x suke kn perasaan ini..


tetttttt....jhat btol fikiran inie..
xmaw bgini..x suke bgini...bencikn ini jge...
aaaaahhhhh tlong ika...::

Monday, December 27, 2010

::yee saye si taksub::

aik..saye si taksub..hehe..ye saye si taksub..saye taksub dengan cinta dy..sayang dy..kaseh dy..yee sye taksub dengan smue e2..adoi..!!saye taksub..saye negetiv..saye tersikse..macam-macam bermaen dfikiran sye...knpe dy lambat balas msj saye..?knape dy x msj sye lgi arinie..?knpe dy xagkt cll sye..?knpe dy diam je..?adoi.....sye x suke perasaan nie..?sye x ske berfikir negativ kt dy..sye sayang dy...sye rindu dy..


(atika..awk x boleh mcm nie..dy pon ade bende laen yg dy perlu buat..bkan nk mlayan awk je atika..dy lmbt bls msj awk mgkin dy ade hal kjap..dy x msj awk arinie mgkin sbb dy xde kdt..dy x agkt cll awk mgkin sbb dy skit..kn mlot dy x baek spnohnye..dy diam mgkin sbb dy sje nk kumpul rindu awk kt dy..awk x blh mcm nie..awk kne pham keadaan dy..awk sayang dy kn..sudah-sudah..berhenti pikir yang bukan-bukan yee..)


tpi sye rase dy da berubah...3 minggu 2 hari...saye rasekn perubahan e2..dlu klaw awl pgi dy anta msj n sye x bls msj dy.. mesti dy cll sye..anta-anta msj byk-byk..smpai saye bls..tpi skrg awl pgi dy anta msj dkat sye n klaw sye x bls dy wat donno je..xde misscll,xde msj yg sme byk-byk..adoi..mne pergi smue 2...?xgilee sye di buatnye..?adoi...sye tersikse dengan diri sye sndri...sye fikir tntg e2..tentang ape..??errrrrr x sanggop sye nk sbot..ngeri..takot..xmaw..sye tersikse yg teramat sangat...dy selalu pesan dkt sye..jangan pikir yang bukan-bukan..dy kte dy sayang saye..dy x kn tggal sye..sye cme mampu pegang jnji dy..

sye senyum sampai telinge..kerane dy jnji setia..
sye seyum sampai kecot perut....bile dy kte dy sayang sye..
sye gelak....gelak kerane dy hiborkn sye..

sye sayang dy..sye x suke..xmaw..xhingin mengongkong dy..sye taw dy  jge ingin kebebasan dalam bercinta..ye sye x pernh mengongkong dy..sye cme mahu dy ade dengan sye waktu sye amat-amat perlukan dy untuk hburkan sye..sye perlukn dy stiap mlm menjelme..tpi mlm la mase dy untk rhat.yee sye sllu sruh dy rhat.sye risaw dy lmbt sembuh..tpi pada mase yang sme sye amat perlukan dy..amat perlu..sye nk memahami dy,menjiwai dry dy,sye nk jdi yang terbaekk di mate dy..tpi sye sdeh bile stop msj ngn dy...ase xnk lpas dy..tkot dy msj laen org..tpi sye srahkn kpercayaan    sye 100% kt dy..xpe sye percaye sayang saye..



time dy operation...
sye menitiskan air mate bile sye rsawkn dy..

sye x bgon dri tmpat tdo fikir da selesai ke operation 2...??

(kkk sye kte sye mayat hdop)

sye x mnom fikir mcm mne dy nk mnom..??

sye x makan fikir mcm mne dy nk mkn...??


sye sayang dy sangat-sangat...sye xmaw kehilangan dy..sye tkot kehilangn dy..sye risaw dy akan tggl sye..xtaw ape yang akan jdi dkat sye klaw dy tgglkn sye...(ape keistimawaan dy smpai awk sayang sangat dkat dy atika..?)banyak sgt istimewanye dy di mate sye...mgkin bgi awk dy cme llaki yg pnye cinte biase..tpi x bgi sye..bia sye je yg taw keistimewaan dy..bia jdi rahsia sye...nnt klaw awk taw awk nk amk dy dri sye..ohh noooo...tidakkk...dy milik sye...